Welcome To My Gratitude!!

Kuala Kangsar Royal Town

...Kuala Kangsar juga pernah mengalami beberapa banjir besar yg berlaku sekitar tahun 50-60 an. Airnya sangatlah dalam sehingga hampir menelenggami menara jam yg terletak di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar...

Majlis Kenduri Tahlil

...dah abis baca doa, apa lagi .. melantak la puas2.. ngah ngah ngah!!..

Bad White Monkey

....hah! ini buah yg berjaya tadi dijatuhkah.. ada kesan gegetan ouh! dipercayai perbuatan monyet putih berkaki 3 tersebut..

Qubbat As Sakhrah

A journey to Holy Land, Baitul Maqdis or Jerusalem, Palestine.. -fahmishah

Friday, November 11, 2011

Raya Korban dan Rendang Arnab

salam! lamanye tak menulis ye, usang sangat da blog nih.. hehe.. ada ke org baca entah x.. hahah... ermm.. raya korban tahun ni biasa2 je, xda apa yg best s
angat... cumanya terasa hati ni lebih senang melihat atok yang dah semakin
pulih dan bersemangat, dah boleh bangun jalan sendiri... tak spt ma
sa raya haritu, terpaksa di angkat.. alhamdulillah lah ye :)


Raya korban tahun ni tak pegi mana, just menziarah rumah sau
dara mara sahaja.. by the way, tahun ni, seperti biasa, makcik aku masak rendang daging arnab lg.... fuh, kalo nak makan, xleh nk kesian2, xelok, benda makanan... huhu, so, kalao n
ak rasa, hati kene keras, hahaha.... alah, makan je la, da

ging arnab tu mcm rasa daging ayam je, cuma rasa manis2 skit..

sedap... serius.. hehe..

and of course, my Mimi and PakTam yg di bela oleh makcik aku tu ra
sanya dah jd korban, xtau la betul ke x.. haha.. aku makan je.. :P

ada skit gamba nk kongsi :)

gamba anak2 buah dengan rendang arnab! slurpppp...








TEKA2 MANA SATU DAGING ARNAB??
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.JAWAPANNYA

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.

.



SODAPPPPPP!!! :p



Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri 2011

Salam lebaran buat semua pembaca The Gratitude (itu pun kalo ada la yg membaca :p). Dah lama tak menulis ni rasa malas yang teramat yang sangat, tapi tak apa lah, hari baik bulan baik ni, kuatkan tangan menulis la jugak. Aidilfitri tahun ni special skit buat chor. Rasanya pertama kali dalam hidup chor 24/7 dengan atok dirumah, tok yang nmpaknya semakin uzur dimamah. Dalam IC dia tertulis lahir pada tahun 1935, tapi usia sebenar dia (kalau xsilap, seperti yang diberitahu oleh dia sendiri) 86 tahun .Walau mcm tu pun, ingatan dia masih kuat, tak nyanyuk langsung. Cuma kadang-kadang perangai mcm budak-budak lah, perlukan perhatian, nakkan kawan bersembang, tak boleh la tinggal seorang diri atas katil tu kalau dia jaga. Tak apa lah, chor memang suka sembang dengan atok perihal masa dia muda-muda dulu. He can actually state the moment he preferred together with the year. I quoted some of them myself. Memang seronok, kadang-kadang ada cerita lucu diceritakan. Tapi kebanyakan yang diceritakan tu banyak yang berunsurkan nasihat, untuk keturunan dia jugak.

Hari raya pertama, pagi tu tok nampak tak berapa sihat. Keluarga saudara mara ramai yang datang, kebanyakannya hadir serentak, terutama yang dari keluarga ayah. Pagi tu, ayah yang mandikan atok, bersihkan najis, kemaskan katil atok, chor pun bantu sama siapkan baju raya atok. Nampak berlinang air mata atok, melihatkan anak dan cucu dia berkorban sebegitu buat dia. Tak pernah chor lihat atok selemah tu. Dari chor kecik lagi, atok memang sentiasa kelihatan sihat, tak perlukan bantuan sesiapa pun kalau nak buat apa-apa. Tambah-tambah bila nak petik buah koko kegemaran dia, selamatkan dari dimakan binatang lain, memang dia kuat. Sejak awal ramadhan yang lepas, kesihatan dia susut teruk. Dalam adik beradik ayah, ayah yang ambil tanggungjawab menjaga atok. Tak boleh dah nak mengharapkan opah, dia pun bukannya ada kudrat sangat. Bangga aku jadi anak ayah, tak merungut sedikit pun perihal menjaga atok. Cuma ayah harapkan adik beradik dia yang lain, ambil giliran menjaga. Sekarang tengah cuti, tak lah banyak masalah nak meguruskan atok, kalau kedai dah bukak nanti, takkan dari pagi sampai ke petang tak ada org yang nak temankan atok? Ayah dah keluarkan duit, bina bilik dengan tandas untuk atok di kedai, jadi bila kedai sedang beroperasi, ayah harap adik beradik lain ambil giliran menjaga, rasanya tak jadi masalah. 

Raya kedua ni, tok nampak dah sihat sikit, chor pun jadi senang hati. teringin nak keluar beraya, tapi tak ada kawan pulak, jadinya duduk di rumah je lah. Masih ada lagi saudara mara yang datang beraya, sekaligus menziarah atok. Hari ni tok nampak lebih ceria, dapat dia lepas hajat nak beraya rumah isteri dia di Tanah Depan. Secara umumnya, chor gembira hari ni, syukur alhamdulillah. Tapi tok masih susah nak jalan, nak kemana-mana perlu diangkat. Sekarang chor masih di kampung, masih boleh membantu apa yang chor mampu buat atok, sedikit sebanyak menggembirakan atok. To make he feel lively. Tapi minggu depan chor dah nak balik KL, rasanya macam tak nak pulang ke KL lg, harap dalam lebih masa dengan atok. Takut-takut ini perjumpaan yang terakhir. Chor berdoa sangat-sangat moga Allah permudahkan atas segala yang berlaku kelak. 

chor mintak maaf sangat-sangat kalau entry kali ni agak panjang, entah kenapa malam ni rasa nak kongsi lebih dengan siapa-siapa yang ada baca blog chor yang tak seberapa ni. Di lebaran ni, chor nak ambil kesempatan memohon kemaafan kalau ada salah dan silap chor selama menulis di sini.

Jumpa lagi lain kali kalau ada jari chor nak menulis OK. Ayat pun da berterabur, chor nak chow dulu. 
Assalamualaikum :)


Wednesday, July 13, 2011

Returning

Salam,
haa, lama btol xupdate blog ye, memang malas btol aku ni.. haha, ok then, skang bukan masa nak settle down, pejam celik pejam celik dah masok semester 4 da aku ni, sem ni memang banyak sungguh la kerja yang nak kena settle kan, ada 2 projek laman web, 1 sistem yg perlu dibangunkan, 1 lagi mobile application. haih.. dah la sem ni ada final exam, memang kalo ikutkan hati rasa nak lari je balik kampung.. Tapi bila pikir2 balik, nak balik kampung, memang kena teruk la dgn parent aku yg dok keje tungkus lumus kat kampung tu sbb nak sara aku yang kat KL ni.. Jadi kesimpulannya, aku kena la berusaha lebih skit, tamatkan term ni tanpa gagal.. huh, penat membebel, nak kongsi satu video ni, especially kepada penggemar2 makhluk Allah yg cute and cuddly ni.. Medal Of Honor Cat :) cute sangat.. hahah..enjoy :3


Wednesday, June 8, 2011

Kung Fu Panda 2

greetings all readers...
saja nak review filem yang baru di tonton iaitu Kung Fu Panda 2.. citer ni saya sarankan supaya jangan tgok kalo rahang anda tak cukup kuat.. hehe, at least, bwk bandage banyak2 takot2 ada part2 yang tercabut sbb gelak kuat sangat... :P
okay then, the storyline, superb. Introducing new character / villain, fantastic. pendek cerita, memang bagus sangat lah! walau masa tonton hari tu ramai bebudak yang tgok, so ramai lagi lah mak bapaknya... hehe..

Masa KP 1 dulu kita tak didedahkan dgn asal usul Po, kenapa bapak dia seekor itik sedangkan dia seekor panda. Memang kelakar bila Po jumpa pak dia mintak keterangan adakah dia hanya anak angkat ( haha, dah dia panda, bapak dia angsa, konfem2 la dia anak angkat, kah kah kah..) well, thats just one part of the story.. nak tau lebih tonton la sndiri, memang sumpah kelakar gila..

KP 2 ni jugak banyak bagi flashback asal usul Po, dan juga kemunculan watak jahat yang baru, Lord Shen, seekor merak... biasalah, merak kan terkenal dgn kesombongan dia.. hehe.. memang masuk btol.. ouh, ada trivia skit nk kasi, suara yang diguna pakai utk watak Lord Shen ni ialah suara Gary Oldman, dan kalo korg ingt, Gary Oldman juga adalah pemegang watak Sirius Black dalam siri Harry Potter... patut la masa tgok KP ni macam kenal je suara si Lord Shen ni.. haha...






Prepare for awesomeness

Saturday, May 14, 2011

Apa Pandang-Pandang?

salam semua.. sekarang dah masuk minggu ke-3 aku di kampung halaman, juga sudah hampir sebulan membantu ibu bapa ku di kedai. Tapi, tak tahu lah kenapa sesetengah masyarakat ni suka memandang rendah golongan-golongan muda seperti aku ni bila bekerja di tempat2 seperti diatas. Tak kiralah, kerja sebagai waiter kedai makan ke, kuli kat kedai borong ke, tukang basuh pinggan ke, kalo nak mengumpat sekalipun, siasat la dulu, siapa orang tu, dan kenapa dia bekerja kat situ sebelum memulakan upacara mengumpat. Aku tahu la anak-anak kau semuanya berjaya, pakai kereta besar-besar, kerja di KL lg, tapi xpayah la nk banding2 dengan anak orang lain, ye? xbaik tu... huhu..


jangan sampai saya pandang pakcik macam ni ............






terkejut pakcik nanti.. haha..

Thursday, April 21, 2011

Selamat Tinggal Kuala Lumpur


Yeah, akhirnya sampai gak masa utk bercuti.. dah penghujung sem kan, exam pon xde, so lepas ni balik bole la enjoy... haha... TETAPI, ada gak kerja-kerja yang perlu di-setel-kan dalam masa cuti ni, al maklum lah, sem depan confirm lebih mencabar... tapi standard la kan, level kau bukannya diploma lg, dah degree pun, so act la macam student degree... sem depan siapla kau, dengan final exam lg, 4 projek besar utk completekan year 2 degree nih, dengan sistem nye, nk jumpa client lg, nk buat website lg... haduih....

"cuti ni jangan la dok leka ye, gerak la skit, setelkan mana yg simple2 tu dlu, nnti xde la nk kelam kabut." nasihatku pada diriku sendiri.

Herm.. plan masa cuti nih :

1) Tolong mak kat kedai layan customer.
(this one kalo kadang2 nk skip pon OK kot, itu pun kalo cukup kudrat tahan pelempang dgn senduk ke, rice cooker ke)

2) Pegi gym? jogging?
(hah, eloklah, kau pon da tembam)

3) Kerja part time hujung minggu
(kalo boleh, nk collect duit lebih)

4) Kerja-kerja berkait; exercise, bla bla bla
(wajib!)

5) RO
(makruh.. tau ke RO tu ape? hahahahha)

huhuhu, alah, nmpak sikit kan? tp tah berapa je yg betol2 boleh buat... but it's okay, at least you know what are you going to do, rather than not knowing, it's different :)

anyhow, the plan has been set up, now it's up to me to make sure that each and every tasks are well performed before the holiday ends.

balik kampunggg~~~~~

until then, see ya!
assalamualaikum :)

Wednesday, April 13, 2011

Quite a story

have you watch the film "Devil"?
haha, sorry coz most of my recent posts are about movies..
(well obviously I didn't have any interesting topic to post :P)

anyway... I think it's still okay..
well, for me it is a very interesting movie, it is about a group of people trapped in an elevator and then realize that the devil is among them! whoa, by just reading the synopsis gives me a goosebumps already. haha.
so, check out this two awesome teaser posters. I love how they utilized elevator features to make them appear more demonic. Cool huh? =)

trust me, its a worth watching movie.. just in case you haven't seen it yet =D

Sunday, April 10, 2011

Buried


Assalamualaikum, hello there!
ni nk komen skit pasal satu movie yg aku baaruu je lepas tgok ni..
called "Buried"mengisahkan seorang pemandu trak warganegara Amerika yang ditangkap selepas tiba-tiba konvoi mereka diserbu oleh sepasukan pemberontak di Iraq. Mamat yang bernama Paul Conroy ni "terselamat" tetapi kemudiannya tersedar dan mendapati dirinya berada didalam sebuah kotak/keranda? tertanam. dia dibekalkan dengan Zippo (lighter) dan Blackberry.. huish.. jalan cerita memang superb, walau sepanjang cerita ni hanya berlatar belakangkan kayu dan pasir.. although I rather disappointed with the endings, but still, people just cant hope that every story should have a happy ending, right?

Saturday, March 19, 2011

Spread The Awareness!!


"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. This applies to all Asian
countries. Please pass, stay safe and remind everyone you know."


sumber disini

Greetings readers! semenjak dua menjak ni kita dikejutkan dengan "mesej berantai" yang disebarkan melalui SMS memberi peringatan kepada kita supaya berkurung didalam rumah atau memakai baju hujan bagi mengelakkan hujan asid yang kononnya boleh membakar kulit, keguguran rambut dan menyebabkan kanser. Dinasihatkan supaya masyarakat tak la terus telan berita ni hidup-hidup tanpa mengesahkannya terlebih dahulu. It's ok to be a little bit more.. protective..( since a nuclear reactor was exploded the day the tsunami hit Japan) but lets not exaggerate it shall we? kadang-kadang, berita-berita macam ni lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Kalau berita atau sms tersebut hanya tersebar pada orang-orang yang punya lebih pengetahuan, mereka barangkali berpendapat seperti begini:

"Eh, Malaysia kan punya alat pengesan pencemaran radioaktif, kalaulah kehadiran bahan2 beracun dari loji nuklear Daiichi Fukushima dikesan di sini, mestilah amaran rasmi dah dikeluarkan. Ah, mengarut la sms ni." kata Ali.

tapi, cuba kalau mak-mak, makcik-makcik, pakcik-pakcik kita kat kampung tuh dapat sms ni, rasa-rasa apa yang dorang akan pikir?

few days back, I got a call from my mom, know what she said?

"farid, kalau nk keluar rumah pastikan pakai baju hujan ke apa-apa jangan bagi kena hujan. Tak pun duduk rumah je jangan keluar selalu." kata Mak.

then I replied:

"tak ada apa-apa lah mak, InsyaAllah.."

saya tak rasa benda ni akan membawa kepada suatu yang buruk, tapi come on lah bro, benda-benda macam ni masih boleh datangkan kerisauan pada orang-orang yang kita sayang. So, xperlulah nk fowardkan mesej-mesej yang tak ada hujung pangkal ni ye.

sampai sini dulu, Salam. :D

Thursday, March 17, 2011

GADOH

bro, bukan nak ajak bergaduh, just nk tanya korg da tgok filem Gadoh? aku tau filem ni keluar 2009, tp xde la lama sangat, dan aku baru je tonton filem ni. Sesetengah orang berpendapat filem ni hancur, memalukan, dan yang paling utama, RACIST! Benda-benda yang keluar dalam filem ni semuanya realiti, tak ada satu pun adegan dalam filem ni yang mustahil berlaku pada hari ini. Mungkin kerana adegan-adegan "racist" terlalu banyak ditonjolkan pada permulaan cerita ni, tapi semua tu punya mesej yang tersendiri. Jalan cerita ringkas, mudah difahami, pasal sekumpulan pelajar melayu dan cina yang ashik tak puas hati sesama sendiri dan ashik nak bergaduh je disebabkan perasaan benci terhadap kaum lain.

firman Allah s.w.t bermaksud:

“Wahai umat manusia Kami jadikan kamu daripada lelaki dan wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu berkenalan (dan beramah mesra serta bekerjasama antara satu sama lain), sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah (dari kalangan kamu) yang paling bertakwa di antara kamu(kepada-Nya).” (al-Hujurat: 13)

kalaulah semua umat manusia atas muka bumi ni boleh memahami dan menghayati ayat di atas ni, sudah pasti tak akan wujud pun masalah-masalah seperti "racist" ni.

so, sama-sama la kita ambil iktibar ye.
sapa-sapa yang belum usha filem ni, try-try la tgok, layan gak ^__^

Wednesday, March 16, 2011

Internet Services DISRUPTION


bagi kawan-kawan yang da mula rasa menyampah dan mengeluarkan kenyataan seperti, "apsal la fb nih lembat ya amat, macam ayam!", di harap lebih bersabar sebab skang banyak berlaku gegaran di seluruh dunia. TM dah pun keluarkan kenyataan 12 Mac yang lepas pasal gangguan tersebut>>



jadi, dari dok menyumpah internet, it's better if we can help spread the awareness of this natural disaster that happen quite frequent lately. Also pray for Japan, hopefully everything is going to be fine.

credits to : hakimfaridzul

Tuesday, March 8, 2011

Mid-Semester BREAK!

harini da mula dah cuti mid-sem, but why the hell i am still at KL when I suppose to be at kampung now?? aghhhh... ini sume gara-gara kerja yang banyak dan cuti yang pendek.. huh, sori mak, frd rasanya xdapek balik cuti ni, maybe cuti depan bru farid balik. sian afiq dok tanya2 pasal farid suh balik. uwaa.... i've already called my mom, even though she seems pretty dull to hear my answer for not coming home this week, but I think she will understand it well.. so, dont worry much about that and concentrate on completing all the assignments!! right here, right now, encik Fahmi is in front of me still sleeping, ( I have no idea why is he still not awake although he fall asleep early last night), anyhow, adib is off to college to present the proposal for our trip to Bukit Cahaya during the end of this month, hoping that it will not be rejected.