Wednesday, September 1, 2010

Keturunan Daeng Selili

dengan ini secara rasminya nak kasitau.. saya ni sah la sebagai salah seorang anak cucu cicit nyet kepada Daeng Selili.. nama Daeng Selili ni sebennarnya memang tak asing lg dalam salah silah kesultanan melayu di Perak.. namun nama ni memang xde dalam sejarah rasmi dan mengikut ape yg saya baca, buku-buku yang ditulis sekarang ini tidak ada nilai lagi bila dibandingkan dengan fakta sebenar didalam Lontara Sukunna Wajo'. Diceritakan, Semasa Daeng Selili berada di Perak dan berkhidmat dengan Sultan Perak, mengenang jasanya Sultan Perak mengahwinkan Daeng Selili dengan adiknya Raja Tengah. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Anjang, Daeng Osman dengan gelaran Seri Maharaja, Daeng Mohammad Kader atau Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dan yang akhirnya Daeng Nurjilisan (anak perempuan).

Daeng Abdullah (Tok Anjang) dikurniakan seorang anak bernama Daeng Sura ialah bapa kepada Imam Kolah yang merupakan darah keturunan waris teras saya di mana, cucu Imam Kolah bernama Alang Jamari, anak kepada Ibrahim adalah datuk kepada ibu saya.. bunyiknya macam jauh tapi memang dari situ la asalnya..

map besar di sini klik sayer

special thanks untuk Pakde sebab atas usaha dia la yang banyak mengkaji salah silah keturunan Imam Kolah.. cerita lengkap ble baca kat Blog Pakde sendiri ^__^

0 peng-Komengs:

Post a Comment