Welcome To My Gratitude!!

Kuala Kangsar Royal Town

...Kuala Kangsar juga pernah mengalami beberapa banjir besar yg berlaku sekitar tahun 50-60 an. Airnya sangatlah dalam sehingga hampir menelenggami menara jam yg terletak di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar...

Majlis Kenduri Tahlil

...dah abis baca doa, apa lagi .. melantak la puas2.. ngah ngah ngah!!..

Bad White Monkey

....hah! ini buah yg berjaya tadi dijatuhkah.. ada kesan gegetan ouh! dipercayai perbuatan monyet putih berkaki 3 tersebut..

Qubbat As Sakhrah

A journey to Holy Land, Baitul Maqdis or Jerusalem, Palestine.. -fahmishah

Friday, August 20, 2010

Seekor Helang, Nabi Sulaiman dan Pemilik Pohon

Ada seekor helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s bin Dawud a.s. Berkatalah helang itu, “Wahai Nabi Allah, ada seorang lelaki yang memiliki sebatang pohon dan aku mengerami telurku di atas pohon itu. Tetapi dia mengangkat anak-anakku, lalu dibawanya pulang.”

Nabi Sulaiman a.s memanggil lelaki pemilik pohon dan melarang perbuatan itu. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s kepada dua syaitan: “Aku memerintahkan engkau berdua, jika datang tahun depan dan lelaki itu mengambil anak dari burung ini, maka tangkaplah dia dan belahlah dia menjadi dua bahagian. Lalu lemparkan sebahagian di dunia timur dan sebahagian lagi di sebelah barat.”

Ketika datang tahun itu, pemilik pohon lupa pesan Nabi Sulaiman a.s dan dia hendak memanjat pohon. Tetapi sebelum memanjat, dia sempat bersedekah dengan sesuap makanan. Lalu diangkatnya anak burung itu dan di bawanya pulang. Burung helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s dan melaporkan perbuatan pemilik pohon. Nabi Sulaiman a.s memanggil dua syaitan dan bermaksud menghukum kedua-duanya. Nabi Sulaiman a.s berkata: “Mengapa kamu berdua tidak melaksanakan tugas yang aku perintahkan?”

Mereka menjawab: “Wahai Khalifah Allah, sesungguhnya pemilik pohon ketika hendak memanjat pohon itu kami bermaksud menangkapnya. Tetapi kerana dia telah bersedekah kepada seorang lelaki muslim dengan sepotong roti, maka Allah mengutus dua malaikat dari langit, sehingga mereka menangkap kami berdua dan melemparkan kami. Seorang dari kami dilemparkan ke dunia timur dan yang lain dilempar ke dunia barat dan dihalangilah usaha kami untuk mencelakakannya disebabkan sedekahnya.”

source sini

Tuesday, August 17, 2010

Cerita Tempatan Orang Kuale ...

Orang Kuale, kalu sebut saja Lubok Mat Anjing, semua orang tahu.. apa lagi mika orang Bukit Chandan, tentu lebih tahu tentang Lubok Mat Anjing ni. Terletak dibawah tebing tinggi mengala keBukit Chandan dan dekat dengan Taman Permainan Kanak Kanak ditepi Sg Perak, lubok ini mempunyai banyak misteri. Satu ketika dulu ada budak Malay Kolit (MCKK) mati lemas disitu. Juga pada suatu masa dulu, rame orang Kuale suka ngair disitu kerana banyak ikan baung terdapat dilubok tersebut.



Arakian tersebutlah sebuah cerita seorang yang sedang mengail dan tiba tiba goloknya terjatuh kedalam lubok tersebut. Oleh kerana lubok Mat Anjing tu dalam dan ayornya pulak berpusing pusing, cuak juga le kawan tu nak terojon kedalam lubok tersebut. Tiba tiba nasibnya baik bila penunggu lubok tersebut, makhluk Jin muncul dari dalam ayor dan memegang sebilah golok emas. Jin tu tanya kat orang tu, 'ini ke golok mika?, dan dia jawabnya, 'tidak'. Jin itu pun tengelam semula dan bila muncul.. kali ini dipegang ditangannya sebilah golok perak dan bertanya orang itu kut itu ke golok dia? Dan dengan jujur dijawabnya tidak juga. Sekali lagi Jin tu menyelam kedalam ayor dan bila timbul kali ini, dipegangnya sebilah golok biasa dan bila ditanya oleh Jin tu, orang itu pun menjawab, ya itulah golok kepunyaannya. Jin itu pun menyerahkan balik golok tersebut kepada sipengail itu.

Bila dia balik kerumah.. dia pun bercerita le ke bininya peristiwa yang dialaminya itu. Bini nye pun marah le ke dia, 'ngape tak di-ambik je golok emas tu. Udah le hidup susah,, kalu dapat golok emas.. kan ke boleh jadi kaya..,' rungut binanya. Orang tu pun menasihat bininya supaya sabar dan kena jujor. Bini dia tak puah hati lalu pergi le dia ke lubok Mat Anjing dan terus terojon kedalam lubok untuk mencari golok emas. Bila bininya tak balik balik.. orang tu pun pergi le kelubok tersebut untuk mencari bininya. Dia pun seru le Jin penunggu lubok Mat Anjing itu.. untuk tolong mencari bininya. Tiba tiba ayor bedero dan Jin itu tiba tiba muncul menjulang Rozita Che Wan dan menanya orang itu, 'ini ke bini mika ? Maka terus je dijawab dek orang itu, 'YA YA..'

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Tiba Lagi..

Dulu, masa kecik2... bila time ramadhan je kat kampung memang happening... waktu malam, nak kuar main nyorok2 dlam utan blakang umah pon xde masalah.. main sergah2.. xde sapa nak marah.. pegi solat terawikh kat surau paling pelusuk dalam kampung. Konon nak adventure.. naik basikal ngan kawan2.. lumba2.. dalam gelap malam.. memang seronok.. xde apa yg nak ditakutkan.. bwk basikal laju2.. kalo naik moto ngan ayah pun, suh bwk laju2..pandang langit.. dingin malam memang mengashikkan.. selalu, boleh terserampak ngan brader2 indon yg berjalan kaki dengan torchlight di tangan.. berjalan lenggang menuju ke surau sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa untuk dihantar pulang keindon semula beberapa bulan kemudian.. di surau kampung yg tampak sangat usang, bleh nmpak pakcik2 melepak kat luar sambil isap rokok daun sementara menunggu waktu Isyak masuk.. ada la pisang barang sebiji dua yang tinggal.. tak ramai yg nak penuhi surau lama.. ada la dalam 2-3 saf saja... bahagian perempuan ada la dalam 1 saf.. semua org nak penuhkan masjid2 besar ber air-cond.. sampai keluar masjid ...
tak mengapalah.. mungkin surau ni jauh dri rumah dorang.. mana yg dekat je la yg dapat dtg..
sejadah dibentang.. bersambung-sambung.. agak panjang..

"meow...~" :3

eh, ada kucing.. ooo.. ni memang kucing surau ni...

"syuhh.. syuhh.. jangan kaco org nak solat.."

kucing pun berlalu ketepi.. comel, sapa la yg kasi dia makan.. nmpak sihat..
Bilal membaca Iqamah.. dah nak mula.. imam ambil tempat.. nampak muda.. merdu suara dia.. jarang dapat dgr bacaan mcm ni.. mcm biasa.. berlapan rakaat, bertiga witr.. dalam jam 1030 baru tamat.. masing2 bersalaman sambil berselawat..

surau tampak usang.. kebanyakan yg hadir adalah warga berumur.. mana anak muda kampung? ah, kepekan.. jalan2 ngan kawan2..

"xpe.. muda lagi.. dah tua baru la beramal lebih.." katanya..

surau tampak usang.. kelihatan sayu.. xpe.. masih ada sampai akhir ramadhan.. esok bleh datang lagi.. bru la happening..

"tapi.."

skang aku kat KL.. entah surau tu masih digunakan atau tidak.. masih ada ke kucing tu tinggal kat surau tu?

"tapi.."

kalo dah habis ramadhan nnti.. ade ke org nak dtg solat kat situ?

Saturday, August 7, 2010

Majlis Kenduri Tahlil di kampung : )

Salam semua. untuk entry kali ni nak citer2 la pasal apa yang berlaku harini sebelum, semasa dan selepas majlis Tahlil ni berlangsung. Haha.. macam-macam benda yang terjadi harini sampaikan aku xtau nak mulakan dari mana.. okok.. settle down.. Dari pagi, dah ramai makcik2 yg datang tolong2 masak and aku secara tidak langsung, memerhatikan, dan membantu mana2 kerja yg makcik2 tu xleh buat.. anak jantan la katakan, better buat kerja2 yang lagi berat. haha.. tapi masa aku sampai tu kebanyakan meja2 dah siap tersusun, so, xde la keje sangat utk aku. sekian..

ekceli, makcik2 ni kebanyakannya dulu penah jadi pekerja mak aku masa kat kantin dulu, so, memang aku kenal la... dorang memang peramah, and aku suke dengar loghat perak dorang sebab bunyi dia lagi klasik! tambah2 kalo time dalam situasi yang cemas ke, gembira ke.. hak hak.. aku memang suka menyibuk dan mencelah dalam conversation dorang :D

hah, dalam kesibukkan pagi tu, aku ternampak seekor b*b* hutan kuar dri semak depan tu menyeberang jalan! wahaa.. besau shiyal~ warna coklat lg. riuh rendah dibuatnya.. haha.. ba** berkenaan menyeberang pastu masuk perkarangan umah org, pastu ilang tah mana.. giler ***i.. haha..

aku agak kecewa keluarga belah Tok Dan aku xdpt dtg, dgrnya Tok Dan aku xsihat.. hum.. harap2 dia cepat sembuh la.. Tok Dan ni ekceli Tok sedara belah mak aku.. dia je yang masih hidup dalam adik beradik dia.. sebab tu aku harap2 slalu ble jumpa dia..

tghhari tu restoran dapat sambutan hangat dr orang kampung,yelah, makan free.. sapa xnak.. memang ramai yg dtg, memang ramai pun yg dijemput.. keje aku dok snap2 la gamba2 sambil org2 mengenyang kan perut mereka.. relek... makanan banyak...
bila org sampai je, pegi salam.. "jemput2 makan.."
dah mcm penyambut tetamu kat hotel plak.

OK lah.. layan gamba plak!



cik Ana and cik Mar membincangkan masalah dunia
Ana : "Mar, anak Pak Mat menosah tu sakit ape sampe tghok mcm tu?"
Mar : "xde ape, main-main ngan kengkawan dia.. jatuh teghojon longkang"



Tau ni ape? hah, tu la kome,makan je tau.. ni bancuhan tepong gandum ngan air pandan.. tau nak buat apa?



Buat bubur anak lebah.. penah makan?? tgok! sapa kata aku xbuat keje?? aku tolong kot!



Kalo nak cepat pandai, kene perati cara pembuatan dengan penuh kusyuk dan tawaduk



my kak yong, masak tempoyak. snapped out of it



kepada Fahmi, Dayang, Elyas, Lyana, Suraya ini khas untuk korang!!!~~ korang yg mintak aritu kan?? nama dia Fadels sempana gabungan nama korang.. ccomei kan?



makanan da ready. bila nak mula ni???



eh, jangan la snap gamba aku.. segan la~



ada Kelly panggang~ nom nom..



ah, majlis dah mula...



dah abis baca doa, apa lagi .. melantak la puas2.. ngah ngah ngah!!



but I chose to makan pulut kuning ngan rendang ayammmmm!!!! dulu.



ashraf nak mam cikit?? ala.. malu2 plak..

ahaha.. akhir ceritanya aku terlelap kekenyangan.. bila kubuka mata je.. eh, sume dah selesai... meja2 pun dah siap kemas... xsempatt aku nak tolong >D

apa2 pun, alhamdulillah la sume berjalan ngan lancar.. moga2 dapat la lebih berkat lg nak masuk Ramadhan ni kan.. Nanti aku update lg, k .. salammm... :D