Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri 2011

Salam lebaran buat semua pembaca The Gratitude (itu pun kalo ada la yg membaca :p). Dah lama tak menulis ni rasa malas yang teramat yang sangat, tapi tak apa lah, hari baik bulan baik ni, kuatkan tangan menulis la jugak. Aidilfitri tahun ni special skit buat chor. Rasanya pertama kali dalam hidup chor 24/7 dengan atok dirumah, tok yang nmpaknya semakin uzur dimamah. Dalam IC dia tertulis lahir pada tahun 1935, tapi usia sebenar dia (kalau xsilap, seperti yang diberitahu oleh dia sendiri) 86 tahun .Walau mcm tu pun, ingatan dia masih kuat, tak nyanyuk langsung. Cuma kadang-kadang perangai mcm budak-budak lah, perlukan perhatian, nakkan kawan bersembang, tak boleh la tinggal seorang diri atas katil tu kalau dia jaga. Tak apa lah, chor memang suka sembang dengan atok perihal masa dia muda-muda dulu. He can actually state the moment he preferred together with the year. I quoted some of them myself. Memang seronok, kadang-kadang ada cerita lucu diceritakan. Tapi kebanyakan yang diceritakan tu banyak yang berunsurkan nasihat, untuk keturunan dia jugak.


Hari raya pertama, pagi tu tok nampak tak berapa sihat. Keluarga saudara mara ramai yang datang, kebanyakannya hadir serentak, terutama yang dari keluarga ayah. Pagi tu, ayah yang mandikan atok, bersihkan najis, kemaskan katil atok, chor pun bantu sama siapkan baju raya atok. Nampak berlinang air mata atok, melihatkan anak dan cucu dia berkorban sebegitu buat dia. Tak pernah chor lihat atok selemah tu. Dari chor kecik lagi, atok memang sentiasa kelihatan sihat, tak perlukan bantuan sesiapa pun kalau nak buat apa-apa. Tambah-tambah bila nak petik buah koko kegemaran dia, selamatkan dari dimakan binatang lain, memang dia kuat. Sejak awal ramadhan yang lepas, kesihatan dia susut teruk. Dalam adik beradik ayah, ayah yang ambil tanggungjawab menjaga atok. Tak boleh dah nak mengharapkan opah, dia pun bukannya ada kudrat sangat. Bangga aku jadi anak ayah, tak merungut sedikit pun perihal menjaga atok. Cuma ayah harapkan adik beradik dia yang lain, ambil giliran menjaga. Sekarang tengah cuti, tak lah banyak masalah nak meguruskan atok, kalau kedai dah bukak nanti, takkan dari pagi sampai ke petang tak ada org yang nak temankan atok? Ayah dah keluarkan duit, bina bilik dengan tandas untuk atok di kedai, jadi bila kedai sedang beroperasi, ayah harap adik beradik lain ambil giliran menjaga, rasanya tak jadi masalah. 

Raya kedua ni, tok nampak dah sihat sikit, chor pun jadi senang hati. teringin nak keluar beraya, tapi tak ada kawan pulak, jadinya duduk di rumah je lah. Masih ada lagi saudara mara yang datang beraya, sekaligus menziarah atok. Hari ni tok nampak lebih ceria, dapat dia lepas hajat nak beraya rumah isteri dia di Tanah Depan. Secara umumnya, chor gembira hari ni, syukur alhamdulillah. Tapi tok masih susah nak jalan, nak kemana-mana perlu diangkat. Sekarang chor masih di kampung, masih boleh membantu apa yang chor mampu buat atok, sedikit sebanyak menggembirakan atok. To make he feel lively. Tapi minggu depan chor dah nak balik KL, rasanya macam tak nak pulang ke KL lg, harap dalam lebih masa dengan atok. Takut-takut ini perjumpaan yang terakhir. Chor berdoa sangat-sangat moga Allah permudahkan atas segala yang berlaku kelak. 

chor mintak maaf sangat-sangat kalau entry kali ni agak panjang, entah kenapa malam ni rasa nak kongsi lebih dengan siapa-siapa yang ada baca blog chor yang tak seberapa ni. Di lebaran ni, chor nak ambil kesempatan memohon kemaafan kalau ada salah dan silap chor selama menulis di sini.

Jumpa lagi lain kali kalau ada jari chor nak menulis OK. Ayat pun da berterabur, chor nak chow dulu. 
Assalamualaikum :)


1 peng-Komengs:

Menarik Perkongsian Ini.. Subhanallah

Post a Comment