Welcome To My Gratitude!!

Kuala Kangsar Royal Town

...Kuala Kangsar juga pernah mengalami beberapa banjir besar yg berlaku sekitar tahun 50-60 an. Airnya sangatlah dalam sehingga hampir menelenggami menara jam yg terletak di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar...

Majlis Kenduri Tahlil

...dah abis baca doa, apa lagi .. melantak la puas2.. ngah ngah ngah!!..

Bad White Monkey

....hah! ini buah yg berjaya tadi dijatuhkah.. ada kesan gegetan ouh! dipercayai perbuatan monyet putih berkaki 3 tersebut..

Qubbat As Sakhrah

A journey to Holy Land, Baitul Maqdis or Jerusalem, Palestine.. -fahmishah

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Internet Services DISRUPTION


bagi kawan-kawan yang da mula rasa menyampah dan mengeluarkan kenyataan seperti, "apsal la fb nih lembat ya amat, macam ayam!", di harap lebih bersabar sebab skang banyak berlaku gegaran di seluruh dunia. TM dah pun keluarkan kenyataan 12 Mac yang lepas pasal gangguan tersebut>>



jadi, dari dok menyumpah internet, it's better if we can help spread the awareness of this natural disaster that happen quite frequent lately. Also pray for Japan, hopefully everything is going to be fine.

credits to : hakimfaridzul

Wednesday, December 22, 2010

Maneki Neko

macam biasa la kehidupan sehari-hari aku kat kampong ni. tiap2 ari kne g kedai tolong mak meniaga. huhu, penat gak, walaupon gaji xseberapa tapi kira puas ati la atleast ada gak aku exercise angkat2 periuk kuali pinggan yg menimbun tu dari aku dok makan tido je menaikkan peratusan lemak dalam tubuh.

tadi masa tgh buang kulit halia, tiba2 jumpa satu halia ni bentuk dia macam comelll je, ahhaa... teka la, agak2 mcm bentuk apa?


haha.. cuba kita design sikit.



haha... kawaii desu ne??~~ macam jumbo pon ada. hakhakhak

ohoo.. btw tau ape itu maneki neko? neko tu kucing la dalam bahasa jepong.
maneki neko tu ini


then tadi ada train Brian kasi dia jd maneki neko, duk dpn kedai panggil pelanggan..



malas punya neko, suh angkat tangan dia g jilat tgn org plak.

Friday, August 20, 2010

Seekor Helang, Nabi Sulaiman dan Pemilik Pohon

Ada seekor helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s bin Dawud a.s. Berkatalah helang itu, “Wahai Nabi Allah, ada seorang lelaki yang memiliki sebatang pohon dan aku mengerami telurku di atas pohon itu. Tetapi dia mengangkat anak-anakku, lalu dibawanya pulang.”

Nabi Sulaiman a.s memanggil lelaki pemilik pohon dan melarang perbuatan itu. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s kepada dua syaitan: “Aku memerintahkan engkau berdua, jika datang tahun depan dan lelaki itu mengambil anak dari burung ini, maka tangkaplah dia dan belahlah dia menjadi dua bahagian. Lalu lemparkan sebahagian di dunia timur dan sebahagian lagi di sebelah barat.”

Ketika datang tahun itu, pemilik pohon lupa pesan Nabi Sulaiman a.s dan dia hendak memanjat pohon. Tetapi sebelum memanjat, dia sempat bersedekah dengan sesuap makanan. Lalu diangkatnya anak burung itu dan di bawanya pulang. Burung helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s dan melaporkan perbuatan pemilik pohon. Nabi Sulaiman a.s memanggil dua syaitan dan bermaksud menghukum kedua-duanya. Nabi Sulaiman a.s berkata: “Mengapa kamu berdua tidak melaksanakan tugas yang aku perintahkan?”

Mereka menjawab: “Wahai Khalifah Allah, sesungguhnya pemilik pohon ketika hendak memanjat pohon itu kami bermaksud menangkapnya. Tetapi kerana dia telah bersedekah kepada seorang lelaki muslim dengan sepotong roti, maka Allah mengutus dua malaikat dari langit, sehingga mereka menangkap kami berdua dan melemparkan kami. Seorang dari kami dilemparkan ke dunia timur dan yang lain dilempar ke dunia barat dan dihalangilah usaha kami untuk mencelakakannya disebabkan sedekahnya.”

source sini

Tuesday, August 17, 2010

Cerita Tempatan Orang Kuale ...

Orang Kuale, kalu sebut saja Lubok Mat Anjing, semua orang tahu.. apa lagi mika orang Bukit Chandan, tentu lebih tahu tentang Lubok Mat Anjing ni. Terletak dibawah tebing tinggi mengala keBukit Chandan dan dekat dengan Taman Permainan Kanak Kanak ditepi Sg Perak, lubok ini mempunyai banyak misteri. Satu ketika dulu ada budak Malay Kolit (MCKK) mati lemas disitu. Juga pada suatu masa dulu, rame orang Kuale suka ngair disitu kerana banyak ikan baung terdapat dilubok tersebut.



Arakian tersebutlah sebuah cerita seorang yang sedang mengail dan tiba tiba goloknya terjatuh kedalam lubok tersebut. Oleh kerana lubok Mat Anjing tu dalam dan ayornya pulak berpusing pusing, cuak juga le kawan tu nak terojon kedalam lubok tersebut. Tiba tiba nasibnya baik bila penunggu lubok tersebut, makhluk Jin muncul dari dalam ayor dan memegang sebilah golok emas. Jin tu tanya kat orang tu, 'ini ke golok mika?, dan dia jawabnya, 'tidak'. Jin itu pun tengelam semula dan bila muncul.. kali ini dipegang ditangannya sebilah golok perak dan bertanya orang itu kut itu ke golok dia? Dan dengan jujur dijawabnya tidak juga. Sekali lagi Jin tu menyelam kedalam ayor dan bila timbul kali ini, dipegangnya sebilah golok biasa dan bila ditanya oleh Jin tu, orang itu pun menjawab, ya itulah golok kepunyaannya. Jin itu pun menyerahkan balik golok tersebut kepada sipengail itu.

Bila dia balik kerumah.. dia pun bercerita le ke bininya peristiwa yang dialaminya itu. Bini nye pun marah le ke dia, 'ngape tak di-ambik je golok emas tu. Udah le hidup susah,, kalu dapat golok emas.. kan ke boleh jadi kaya..,' rungut binanya. Orang tu pun menasihat bininya supaya sabar dan kena jujor. Bini dia tak puah hati lalu pergi le dia ke lubok Mat Anjing dan terus terojon kedalam lubok untuk mencari golok emas. Bila bininya tak balik balik.. orang tu pun pergi le kelubok tersebut untuk mencari bininya. Dia pun seru le Jin penunggu lubok Mat Anjing itu.. untuk tolong mencari bininya. Tiba tiba ayor bedero dan Jin itu tiba tiba muncul menjulang Rozita Che Wan dan menanya orang itu, 'ini ke bini mika ? Maka terus je dijawab dek orang itu, 'YA YA..'