Welcome To My Gratitude!!

Kuala Kangsar Royal Town

...Kuala Kangsar juga pernah mengalami beberapa banjir besar yg berlaku sekitar tahun 50-60 an. Airnya sangatlah dalam sehingga hampir menelenggami menara jam yg terletak di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar...

Majlis Kenduri Tahlil

...dah abis baca doa, apa lagi .. melantak la puas2.. ngah ngah ngah!!..

Bad White Monkey

....hah! ini buah yg berjaya tadi dijatuhkah.. ada kesan gegetan ouh! dipercayai perbuatan monyet putih berkaki 3 tersebut..

Qubbat As Sakhrah

A journey to Holy Land, Baitul Maqdis or Jerusalem, Palestine.. -fahmishah

Wednesday, December 22, 2010

Maneki Neko

macam biasa la kehidupan sehari-hari aku kat kampong ni. tiap2 ari kne g kedai tolong mak meniaga. huhu, penat gak, walaupon gaji xseberapa tapi kira puas ati la atleast ada gak aku exercise angkat2 periuk kuali pinggan yg menimbun tu dari aku dok makan tido je menaikkan peratusan lemak dalam tubuh.

tadi masa tgh buang kulit halia, tiba2 jumpa satu halia ni bentuk dia macam comelll je, ahhaa... teka la, agak2 mcm bentuk apa?


haha.. cuba kita design sikit.



haha... kawaii desu ne??~~ macam jumbo pon ada. hakhakhak

ohoo.. btw tau ape itu maneki neko? neko tu kucing la dalam bahasa jepong.
maneki neko tu ini


then tadi ada train Brian kasi dia jd maneki neko, duk dpn kedai panggil pelanggan..



malas punya neko, suh angkat tangan dia g jilat tgn org plak.

Monday, December 20, 2010

Orang KL



Sekian lama tak update blog, nampak sangat aku memang pemalas. wahahaa.. tak pe lah, blog ni pon bukan ramai pembaca, kalo yang baca pon, dak2 kolej aku gak, takdenye pakcik2 kat menosah tu nak bukak blog aku tiap2 ari baca. apekejadah? well, dalam2 xde idea ni la best bersembang pasal benda yang tak pasti. yoshaa~

Haa.. minggu lepas aku menerima kunjungan beberapa org rakan kolej aku dari kL.. lawatan dorg ekceli bermotivasikan paksaan.. haha. xpelah, ini bukannya pegi bercuti, cuma dorg nak menziarah kampung halaman aku, tempat aku membesar.
xde la apa yang best pon Kuala Kangsar ni, cuma terkenal dgn panggilan bandar diraja dengan pembuatan labu sayong je.

Hari selasa dorg smpai, hujan agak lebat tgh hari tu. aku amik dorg naik kereta kancil di stesen keretapi Kuala Kangsar. Sampai je kerumah lepas letak barang, trus pegi melantak kat kedai makan mak aku. hari pertama biasa la dorg, makan sikit2 je, walaupon makanan mak aku da sponsor sepanjang dorg duk kat kuale ni.
hari pertama dorg smpai tu, kitorang just jalan2 di sekitar Kuala Kangsar je dulu.. pegi ke lembah, jalan2 tepi sungai. erm, bila rasanya last aku jalan2 tepi sungai mcm ni? 10 taun lepas kot. huhu. malam plak, lepas makan pegi smbung lagi jalan2.

Hari ke-2, bermula la lawatan ke tempat2 menarik sekitar Kuala Kangsar, pagi tu ingat nak melawat ke istana kuning dulu, nasib tak baik, istana ditutup sebab tgh buat renovation. dgn keciwanya, kitorg trus gerak ke Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak kat Bukit Chndan gak. rasanya last aku pegi galeri ni masa mula-mula pembukaan dia dulu. so second time masuk, agak teruja disitu. lepas makan tengah hari, panas2 camni elok la gi sejukkan diri pegi mandi sungai. so, aku bawak dorg g rasa mandi kat ulu kenas. last aku pegi ulu kenas maybe dalam +-10 tahun lepas gak. air dia, masyaAllah, sejuk macam ais. sapa yang punya peratusan lemak yang kurang memang xleh rendam lama. xcaya? g try.

Petang tu sume lentok tido kat umah. penat + best btol. huhu..
malam tu ada bola rasanya, so kitorg layan bola kat umah je makan cekedis. Malaysia menang plak 2-0 dgn myanmar.
hari ke-3 dorg kat sini, kitorg plan jalan luar kuala kangsar. pagi2 lagi lepas sarapan kitorg gerak ke tepen (taiping), nak pegi zoo. bila last aku pegi zoo? maybe dalam +-10 taun lps. anyway, jalan2 dlam zoo penat btol, besar sungguh + bau-bauan yang dashat2. nak xnak kene la jalan sama2 baru ada feel masuk zoo.
nak dekat tgh hari kitorg balik ke KK utk santapan tengah hari lepas tu balik umah sat, then meneruskan perjalanan ke Ipoh pulak. ekceli xde la smpai ke bandaraya ipoh betol, just smpai ke area tasek je, sebab nak ke jusco tgok wayang. ye la, kuale mana ada panggung, REX yang lama tu pon da kne roboh jadi kedai perabot. kitorg tgok citer hantikaklimahbalikrumah yang memang lawak kambeng.
malam baru kitorg balek dan smpai semula ke kuala kangsar..

Hari ke-4 (jumaat) hari last dorg kat kuale, kitorg jalan2 kat kuale je, makan2 cendol n tgok kraftangan. dorg balik ke KL petang tu jugak dgn ketapi yang lewat hampir 1jam.
aku pulak terasa mcm nak balik KL cpt.. hmmmmpp!! <3

Saturday, November 27, 2010

So Cute

tatau la nak kata apa dah, kau ni Farid, malas btol nak update blog, ashik main game je. Nah, harini dapat surprise, ayah belikan pet baru untuk kau.. miahahha... katanya Lionhead rabbit.. comeyy.. aku suke giler..

are you readyy???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Behold!!!! The Cuteness!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.


awwwww..

that black one kitorg namakan pak Itam, y coklat tu Mimi..

Friday, October 29, 2010

Freshening Friday

pagi ni hujan rintik-rintik, agaknya hujan rahmat kot pagi-pagi jumaat ni kan. Nak pegi opis pun da mcm malas, tapi xpelah ini hari last utk internship. Masa kat parking moto tadi terserempak dengan 3 ekor kittens yg yang tengah sibuk main kejar2 sesama sendiri. urgh, they are sooo adorable~ very cute kitteh.. tapi dorg takut ngn human. Bila nk pegi dekat, dorg lari, then aku pandang je dari atas motor, then dorang main kejar2 sampai agak dekat ngan aku.. huhu, i just wanna take some ur pictures neko-tan, haha.. dapat gak snap-snap.. ekceli, bulu dorg putih, tapi da jadi itam sebab bergesel ngn tayar moto kat tempt parking tu.. ini beberapa yg aku sempat snap :3





Monday, September 27, 2010

Raya Day

seb baik sempat lagi nak tulis utk post raya.. wahaha.. ni la akibat kalo malas sangat nak tulis blog.. entry special raya ni nak tulis la skit pasal sedara mara yg datang kerumah.. special guest konfem la keluarga belah tok Dan aku, well, hes the last of my grandfathers on my mom side.. others has already passed away, so, it makes them so special to my family.. anyways, tok Dan and his family always give us a visit every year during hari raya as it is almost a tradition for them. its a pleasure for us too.. well, I can at least know my other side of the family too cause my mom always complaining that i know less about my own family members unlike my older sister.



well, Tok Dan is the youngest of his siblings..



sorry, a bit crowded, i can barely see any floor.. haha.. ^__^ (tipu)



click to view a larger image ^__^

Friday, September 3, 2010

Kad raya

tatau la nak bgtau macam mana.. minggu lepas, si fahmishah ada ajak beli kad raya sesama.. ingat nak antar kat kawan2 lama.. lagipun, da lama xantar kad raya, padahal masa kecik2 dulu slalu buat.. banyak jugak yg diterima, kadang2 tu ada di lekatkan sekali duit raya barang seringgit dua. jadilah.. tahun ni , konon2 nak menghidupkan kembali kad2 raya la.. haha.. xpe, xkisah.. aku beli 20, fahmi beli 15.. balik umah, kemas2 meja, alang-alang kemas bilik terus, sapu2, stim cadar, macam kat asrama dulu.. pastu bukak sume kad raya, baca dulu ape yg dah tertulis, kang xpasal2 antar kad pelik2 kat member2 yg xsepatutnya.. karang punya karang sampai tgh malam.. okeh, da siap tulis utk 15 kad.. sume utk kawan2 masa skolah dulu.. huhu.. malas nak tulis lg, ah! bru teringat. setem ada 10 je.. fahmi kata beli setem kat kedai gamba deret kedai makan Faten.. aku g carik, xde pooonnn.... adeh.. xpe la.. aku lekat dulu utk 10 sampul..

then masuk balik dalam plastik.

"Esok pos dulu la yg 10 ni.. " hatiku berbisik kecil.

balik dari kerja keesokan harinya..

"Mie..mie.. kejap2.. aku nak pos kad." kataku, sambil memberhentikan langkah betul2 dihadapan pos box tu..

sambil membelek satu-satu kumasukkan kedalam box tersebut..

"Masuk je la sume skali kan senang, semua luar KL kan? " kata Fahmi kecil.

"Ah, betul gak.. " kata hatiku kecil. lalu kumasukkan semuanya sekaligus..

"Eh, semua tu da ada setem kan? " tegur Fahmi kurang pasti.

"ada 10 je yg ada setem, lagi 5 xde lagi.." jelasku kurang pasti juga.. betul ke aku dah asingkan kad-kad tu?

"ouh, lagi 5 ada kat umah kot, aku dah asingkan semalam.. lagipun tadi tu aku rasa nipis skit.. " kataku yakin nak menyedapkan hati..

sampai je kat rumah, setelah mencari2.. hampa, aku tak tahu dimana kuletakkan kad yang lagi 5 yg belum bersetem..

"sudah.. dah masuk skali la tu.." kataku sambil tersenyum nipis.



kad raya naruto!

Wednesday, September 1, 2010

Keturunan Daeng Selili

dengan ini secara rasminya nak kasitau.. saya ni sah la sebagai salah seorang anak cucu cicit nyet kepada Daeng Selili.. nama Daeng Selili ni sebennarnya memang tak asing lg dalam salah silah kesultanan melayu di Perak.. namun nama ni memang xde dalam sejarah rasmi dan mengikut ape yg saya baca, buku-buku yang ditulis sekarang ini tidak ada nilai lagi bila dibandingkan dengan fakta sebenar didalam Lontara Sukunna Wajo'. Diceritakan, Semasa Daeng Selili berada di Perak dan berkhidmat dengan Sultan Perak, mengenang jasanya Sultan Perak mengahwinkan Daeng Selili dengan adiknya Raja Tengah. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Daeng Abdullah dengan gelaran Tok Anjang, Daeng Osman dengan gelaran Seri Maharaja, Daeng Mohammad Kader atau Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dan yang akhirnya Daeng Nurjilisan (anak perempuan).

Daeng Abdullah (Tok Anjang) dikurniakan seorang anak bernama Daeng Sura ialah bapa kepada Imam Kolah yang merupakan darah keturunan waris teras saya di mana, cucu Imam Kolah bernama Alang Jamari, anak kepada Ibrahim adalah datuk kepada ibu saya.. bunyiknya macam jauh tapi memang dari situ la asalnya..

map besar di sini klik sayer

special thanks untuk Pakde sebab atas usaha dia la yang banyak mengkaji salah silah keturunan Imam Kolah.. cerita lengkap ble baca kat Blog Pakde sendiri ^__^

Friday, August 20, 2010

Seekor Helang, Nabi Sulaiman dan Pemilik Pohon

Ada seekor helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s bin Dawud a.s. Berkatalah helang itu, “Wahai Nabi Allah, ada seorang lelaki yang memiliki sebatang pohon dan aku mengerami telurku di atas pohon itu. Tetapi dia mengangkat anak-anakku, lalu dibawanya pulang.”

Nabi Sulaiman a.s memanggil lelaki pemilik pohon dan melarang perbuatan itu. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s kepada dua syaitan: “Aku memerintahkan engkau berdua, jika datang tahun depan dan lelaki itu mengambil anak dari burung ini, maka tangkaplah dia dan belahlah dia menjadi dua bahagian. Lalu lemparkan sebahagian di dunia timur dan sebahagian lagi di sebelah barat.”

Ketika datang tahun itu, pemilik pohon lupa pesan Nabi Sulaiman a.s dan dia hendak memanjat pohon. Tetapi sebelum memanjat, dia sempat bersedekah dengan sesuap makanan. Lalu diangkatnya anak burung itu dan di bawanya pulang. Burung helang datang menghadap kepada Nabi Sulaiman a.s dan melaporkan perbuatan pemilik pohon. Nabi Sulaiman a.s memanggil dua syaitan dan bermaksud menghukum kedua-duanya. Nabi Sulaiman a.s berkata: “Mengapa kamu berdua tidak melaksanakan tugas yang aku perintahkan?”

Mereka menjawab: “Wahai Khalifah Allah, sesungguhnya pemilik pohon ketika hendak memanjat pohon itu kami bermaksud menangkapnya. Tetapi kerana dia telah bersedekah kepada seorang lelaki muslim dengan sepotong roti, maka Allah mengutus dua malaikat dari langit, sehingga mereka menangkap kami berdua dan melemparkan kami. Seorang dari kami dilemparkan ke dunia timur dan yang lain dilempar ke dunia barat dan dihalangilah usaha kami untuk mencelakakannya disebabkan sedekahnya.”

source sini

Tuesday, August 17, 2010

Cerita Tempatan Orang Kuale ...

Orang Kuale, kalu sebut saja Lubok Mat Anjing, semua orang tahu.. apa lagi mika orang Bukit Chandan, tentu lebih tahu tentang Lubok Mat Anjing ni. Terletak dibawah tebing tinggi mengala keBukit Chandan dan dekat dengan Taman Permainan Kanak Kanak ditepi Sg Perak, lubok ini mempunyai banyak misteri. Satu ketika dulu ada budak Malay Kolit (MCKK) mati lemas disitu. Juga pada suatu masa dulu, rame orang Kuale suka ngair disitu kerana banyak ikan baung terdapat dilubok tersebut.



Arakian tersebutlah sebuah cerita seorang yang sedang mengail dan tiba tiba goloknya terjatuh kedalam lubok tersebut. Oleh kerana lubok Mat Anjing tu dalam dan ayornya pulak berpusing pusing, cuak juga le kawan tu nak terojon kedalam lubok tersebut. Tiba tiba nasibnya baik bila penunggu lubok tersebut, makhluk Jin muncul dari dalam ayor dan memegang sebilah golok emas. Jin tu tanya kat orang tu, 'ini ke golok mika?, dan dia jawabnya, 'tidak'. Jin itu pun tengelam semula dan bila muncul.. kali ini dipegang ditangannya sebilah golok perak dan bertanya orang itu kut itu ke golok dia? Dan dengan jujur dijawabnya tidak juga. Sekali lagi Jin tu menyelam kedalam ayor dan bila timbul kali ini, dipegangnya sebilah golok biasa dan bila ditanya oleh Jin tu, orang itu pun menjawab, ya itulah golok kepunyaannya. Jin itu pun menyerahkan balik golok tersebut kepada sipengail itu.

Bila dia balik kerumah.. dia pun bercerita le ke bininya peristiwa yang dialaminya itu. Bini nye pun marah le ke dia, 'ngape tak di-ambik je golok emas tu. Udah le hidup susah,, kalu dapat golok emas.. kan ke boleh jadi kaya..,' rungut binanya. Orang tu pun menasihat bininya supaya sabar dan kena jujor. Bini dia tak puah hati lalu pergi le dia ke lubok Mat Anjing dan terus terojon kedalam lubok untuk mencari golok emas. Bila bininya tak balik balik.. orang tu pun pergi le kelubok tersebut untuk mencari bininya. Dia pun seru le Jin penunggu lubok Mat Anjing itu.. untuk tolong mencari bininya. Tiba tiba ayor bedero dan Jin itu tiba tiba muncul menjulang Rozita Che Wan dan menanya orang itu, 'ini ke bini mika ? Maka terus je dijawab dek orang itu, 'YA YA..'

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Tiba Lagi..

Dulu, masa kecik2... bila time ramadhan je kat kampung memang happening... waktu malam, nak kuar main nyorok2 dlam utan blakang umah pon xde masalah.. main sergah2.. xde sapa nak marah.. pegi solat terawikh kat surau paling pelusuk dalam kampung. Konon nak adventure.. naik basikal ngan kawan2.. lumba2.. dalam gelap malam.. memang seronok.. xde apa yg nak ditakutkan.. bwk basikal laju2.. kalo naik moto ngan ayah pun, suh bwk laju2..pandang langit.. dingin malam memang mengashikkan.. selalu, boleh terserampak ngan brader2 indon yg berjalan kaki dengan torchlight di tangan.. berjalan lenggang menuju ke surau sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa untuk dihantar pulang keindon semula beberapa bulan kemudian.. di surau kampung yg tampak sangat usang, bleh nmpak pakcik2 melepak kat luar sambil isap rokok daun sementara menunggu waktu Isyak masuk.. ada la pisang barang sebiji dua yang tinggal.. tak ramai yg nak penuhi surau lama.. ada la dalam 2-3 saf saja... bahagian perempuan ada la dalam 1 saf.. semua org nak penuhkan masjid2 besar ber air-cond.. sampai keluar masjid ...
tak mengapalah.. mungkin surau ni jauh dri rumah dorang.. mana yg dekat je la yg dapat dtg..
sejadah dibentang.. bersambung-sambung.. agak panjang..

"meow...~" :3

eh, ada kucing.. ooo.. ni memang kucing surau ni...

"syuhh.. syuhh.. jangan kaco org nak solat.."

kucing pun berlalu ketepi.. comel, sapa la yg kasi dia makan.. nmpak sihat..
Bilal membaca Iqamah.. dah nak mula.. imam ambil tempat.. nampak muda.. merdu suara dia.. jarang dapat dgr bacaan mcm ni.. mcm biasa.. berlapan rakaat, bertiga witr.. dalam jam 1030 baru tamat.. masing2 bersalaman sambil berselawat..

surau tampak usang.. kebanyakan yg hadir adalah warga berumur.. mana anak muda kampung? ah, kepekan.. jalan2 ngan kawan2..

"xpe.. muda lagi.. dah tua baru la beramal lebih.." katanya..

surau tampak usang.. kelihatan sayu.. xpe.. masih ada sampai akhir ramadhan.. esok bleh datang lagi.. bru la happening..

"tapi.."

skang aku kat KL.. entah surau tu masih digunakan atau tidak.. masih ada ke kucing tu tinggal kat surau tu?

"tapi.."

kalo dah habis ramadhan nnti.. ade ke org nak dtg solat kat situ?

Saturday, August 7, 2010

Majlis Kenduri Tahlil di kampung : )

Salam semua. untuk entry kali ni nak citer2 la pasal apa yang berlaku harini sebelum, semasa dan selepas majlis Tahlil ni berlangsung. Haha.. macam-macam benda yang terjadi harini sampaikan aku xtau nak mulakan dari mana.. okok.. settle down.. Dari pagi, dah ramai makcik2 yg datang tolong2 masak and aku secara tidak langsung, memerhatikan, dan membantu mana2 kerja yg makcik2 tu xleh buat.. anak jantan la katakan, better buat kerja2 yang lagi berat. haha.. tapi masa aku sampai tu kebanyakan meja2 dah siap tersusun, so, xde la keje sangat utk aku. sekian..

ekceli, makcik2 ni kebanyakannya dulu penah jadi pekerja mak aku masa kat kantin dulu, so, memang aku kenal la... dorang memang peramah, and aku suke dengar loghat perak dorang sebab bunyi dia lagi klasik! tambah2 kalo time dalam situasi yang cemas ke, gembira ke.. hak hak.. aku memang suka menyibuk dan mencelah dalam conversation dorang :D

hah, dalam kesibukkan pagi tu, aku ternampak seekor b*b* hutan kuar dri semak depan tu menyeberang jalan! wahaa.. besau shiyal~ warna coklat lg. riuh rendah dibuatnya.. haha.. ba** berkenaan menyeberang pastu masuk perkarangan umah org, pastu ilang tah mana.. giler ***i.. haha..

aku agak kecewa keluarga belah Tok Dan aku xdpt dtg, dgrnya Tok Dan aku xsihat.. hum.. harap2 dia cepat sembuh la.. Tok Dan ni ekceli Tok sedara belah mak aku.. dia je yang masih hidup dalam adik beradik dia.. sebab tu aku harap2 slalu ble jumpa dia..

tghhari tu restoran dapat sambutan hangat dr orang kampung,yelah, makan free.. sapa xnak.. memang ramai yg dtg, memang ramai pun yg dijemput.. keje aku dok snap2 la gamba2 sambil org2 mengenyang kan perut mereka.. relek... makanan banyak...
bila org sampai je, pegi salam.. "jemput2 makan.."
dah mcm penyambut tetamu kat hotel plak.

OK lah.. layan gamba plak!



cik Ana and cik Mar membincangkan masalah dunia
Ana : "Mar, anak Pak Mat menosah tu sakit ape sampe tghok mcm tu?"
Mar : "xde ape, main-main ngan kengkawan dia.. jatuh teghojon longkang"



Tau ni ape? hah, tu la kome,makan je tau.. ni bancuhan tepong gandum ngan air pandan.. tau nak buat apa?



Buat bubur anak lebah.. penah makan?? tgok! sapa kata aku xbuat keje?? aku tolong kot!



Kalo nak cepat pandai, kene perati cara pembuatan dengan penuh kusyuk dan tawaduk



my kak yong, masak tempoyak. snapped out of it



kepada Fahmi, Dayang, Elyas, Lyana, Suraya ini khas untuk korang!!!~~ korang yg mintak aritu kan?? nama dia Fadels sempana gabungan nama korang.. ccomei kan?



makanan da ready. bila nak mula ni???



eh, jangan la snap gamba aku.. segan la~



ada Kelly panggang~ nom nom..



ah, majlis dah mula...



dah abis baca doa, apa lagi .. melantak la puas2.. ngah ngah ngah!!



but I chose to makan pulut kuning ngan rendang ayammmmm!!!! dulu.



ashraf nak mam cikit?? ala.. malu2 plak..

ahaha.. akhir ceritanya aku terlelap kekenyangan.. bila kubuka mata je.. eh, sume dah selesai... meja2 pun dah siap kemas... xsempatt aku nak tolong >D

apa2 pun, alhamdulillah la sume berjalan ngan lancar.. moga2 dapat la lebih berkat lg nak masuk Ramadhan ni kan.. Nanti aku update lg, k .. salammm... :D

Friday, July 30, 2010

Kasih Antara Makhluk

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.






Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..



Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..



Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...



Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???

Thursday, July 22, 2010

Penempatan Virus secara setinggan akhirnya dibasmi


Assalamualaikum semua...

huhu, alhamdulillah kini laptop aku dah kembali normal.. mana taknya, pertama kali betul2 merasai kewujudan virus yang sudah membina setinggan didalam sistem komputer aku. Mujur, saudara Fahmi memberi cadangan untuk aku mencuba satu Spyware remover ni namanya ComboFix. It doesn't have any cool interfaces with colorful buttons, or whatsoever, but really efficient in usage. I don't really know what actually the virus had done to the system but obviously its like tearing off my computer from the inside! every application in my computer are going crazy. huhh... Anyway, the ComboFix really did a great job coz now everything is turning to normal again and i didn't have to worry about the need to re-format the computer AGAIN. haha.. it annoys me, seriously.

akhir kata, aku hanya akan update blog bila ada benda2 menarik yang berlaku. Nampak sangat, xde apa yang menarik dalam kehidupan seharian aku sebab jarang update blog. haha.. Eh, xde lah, gurau je, idup aku memang menarik, tapi aku sendri yang malas nak update. huhu..

p/s - Pengajarannya, jangan gatal2 nak klik mana2 external link yang korang dapat sewenang2nya :D PEACE NO WAR - SAVE GAZA - SAVE PALESTINE - SAVE THE WORLD

Monday, June 7, 2010

Potong!!! Miahahaha~

Kelmarin baruu je menghadiri majlis kenduri di rumah mak cik aku.. kenduri ni agak besar sebab merangkumi banyak upacara yg di buat sekali termasuk lah, marhaban, baby naik buai, bacaan Yaasin utk umah baru, akikah, dan majlis khatan anak anak saudara aku.. hihihi~ agak happening sbb banyak budak2 ni.. riuh rendah,, sakit kapala.. haha.. tp, xpe la, bukan slalu sume ahli keluarga dpt b'kumpul.. aku pon bukan slalu balik kampong so suasana ni sangat rare bagi aku. huhu~ so, dapat la bejumpa ngn abg2 sedara aku yg dulunya slim2, skang dah byk yg ada bag besar kat depan. huuhhh.. trauma aku... kecuali yg abg2 sedara yg ipar tu, haa maintain je sebab dorang pon memang spesis kurus walaupon anak dah 2-3.. anyway, ada la beberapa gamba yg aku smpat snap2.. xbyk tp aku nak letak gak. haha.. bb~



ini dia Haikal ngn Hakim yg bakal di khatan .. miahahha~ dgr citer nya dorg o-som, spa kalah kene sunat dulu.. last2 si adik (haikal) kalah, so, sunat la dulu.. bila turn si abg nih (hakim) dia buat hal plak, xnak sunat.. adoiii... habis sume org kene tendang.. hahahha.. nasib baik aku xde masa tu,.. haha.. tp last2 dpt pujuk gak.. dua2 dah selamat dah.. alhamdulillah lah ye~



haa. yg ni Azri atau aie je klo nak bunyi manje.. oho~ ni fav ayah chor dia.. miahahha~ diskriminasi btul! huh.. haha..



hah, tiba2 ada plak si anip ni nak amik gamba gak.. sunat skali kang aa..



yay, aie, senyum lg, nnti ayah chor masukkn dlm blog.. miahah~~

Saturday, May 22, 2010

Bad White Monkey

salam.. hohoho. helo pakabarr.. lama x memblogkan diri hahaa.. mcm xbiasa plak.. okok.. ni nak citer tadi pagi menziarah my atuk since aku da lama xjumpa dia sejak duk blaja kat KL.. tht morning may papa ask "farid, nak ikut pegi umah atuk tak?" (ceh, bunyi macam aku budak umo 5 tahun plak XD) then aku macam, "wah! nak nak" terlonjak kegembiraan, yela, bukan slalu dpt pegi, rumah atuk aku tu agak jauh ke dalam hutan belakang bukit kat Chandan tu. so, aku folo la..

bila sampai berbuah tangankan roti telur (heh heh, sodap), aku pun berjalan la menuju ke rumah usang atuk, (aku tatau knapa dia xnak duduk ngan anak2 cucu dia, semata2 nak duduk umah dlm kmpung dalam utan ni :|) pastu bg la salam..pintu depan tertutp.. tiba2 atuk aku terpacul kuar dri belah belakang umah. ---apa yg dia buat kat blakang tuh??-- hati kecil ku berkata. wah! dia nak petik buah betik kat blakang tuh. rupanya ada kes, seekor monyet putih dikatakan membuat onar didalam kampung, memakan buah2 tersebut sesuka hati. kejadian tersebut menjadi lebih serius apabila monkey tersebut membawa geng2 beliau untuk kenduri bersama.. ---atuk aku kata, "abih semua buah dikokak nye, ngelembang la kulit2 meghate" kata tuk-ku selamba

monyet tersebut juga dikatakan hanya mempunyai 3-kaki (err.. 2 kaki + 1 je tangan , hilang sebelah akibat di tembak oleh org kampung, tapi dah takdir dia idup kan, wallahualam) so, org kampung tau la bukan monyet lain yg melakukan onar tersebut. ..

haha.. itu sebab tuk aku nak petik buah yg mana masih ada cepat2 sblum di makan lagi.. so, aku pun menawarkan lah khidmat tenaga muda-ku ini.. heh heh... (sbnrnya bapak aku yg suh panjat, so, aku panjat ar pokok yg bersebelahan ngn pokok betik tu supaya lebih senang nak di jolok ngan galah... huh.. payah gak nak kasi buah ni jatuh. agak licin.. hua hua.. dalam 5 min, buah tersebut berjaya dijatuhkan!! hua hua.. (sbnrnya agak lama :P)

OK, lepas done with the betik, atuk aku plak turun petik buah koko yg da masak.. woo.. lama xmakan buah koko.. hua hua.. lepas tu baruu la masuk umah, sembang2.. tuk nmpak sihat, alhamdulillah.. :D

ada gamba2 ni enjoy OK.. haha.. bb..



pokok ni agak tinggi noh! dah la byk semut merah! nasib baik xkene geget..



thiss is my atuk! look at his hands. parang and buah koko!! waarghh, although his 80++ but still strong!



uwaa.. my grandpa's cat!



too cute!!



hahahaha!!~~ dia sunyi ni yg lain2 pegi main merata dalam semak!



hah! ini buah yg berjaya tadi dijatuhkah.. ada kesan gegetan ouh! dipercayai perbuatan monyet putih berkaki 3 tersebut.. alamak, lupa hide kaki :P

Monday, April 19, 2010

This is it..

salam.. hey guys, its been awhile since i last wrote post here.. hmm...
anyway, I just wanna wish you guys best of luck for your incoming
final examination that i think its just around the corner.. give your best shot
and make urself proud!! 
then, special thanks to my fellow CSOM friends, whom really support me
during my lessons here in KPTM.. I also wish you guys, good luck for
the upcoming semester which we'll be having our industrial training..

I re-post the illustrations here, because I dont know what else i can put here.. :)
chill..~~!!

Saturday, March 13, 2010

Love You Mommy..


p/s: pergh! comel siott