Tuesday, August 17, 2010

Cerita Tempatan Orang Kuale ...

Orang Kuale, kalu sebut saja Lubok Mat Anjing, semua orang tahu.. apa lagi mika orang Bukit Chandan, tentu lebih tahu tentang Lubok Mat Anjing ni. Terletak dibawah tebing tinggi mengala keBukit Chandan dan dekat dengan Taman Permainan Kanak Kanak ditepi Sg Perak, lubok ini mempunyai banyak misteri. Satu ketika dulu ada budak Malay Kolit (MCKK) mati lemas disitu. Juga pada suatu masa dulu, rame orang Kuale suka ngair disitu kerana banyak ikan baung terdapat dilubok tersebut.



Arakian tersebutlah sebuah cerita seorang yang sedang mengail dan tiba tiba goloknya terjatuh kedalam lubok tersebut. Oleh kerana lubok Mat Anjing tu dalam dan ayornya pulak berpusing pusing, cuak juga le kawan tu nak terojon kedalam lubok tersebut. Tiba tiba nasibnya baik bila penunggu lubok tersebut, makhluk Jin muncul dari dalam ayor dan memegang sebilah golok emas. Jin tu tanya kat orang tu, 'ini ke golok mika?, dan dia jawabnya, 'tidak'. Jin itu pun tengelam semula dan bila muncul.. kali ini dipegang ditangannya sebilah golok perak dan bertanya orang itu kut itu ke golok dia? Dan dengan jujur dijawabnya tidak juga. Sekali lagi Jin tu menyelam kedalam ayor dan bila timbul kali ini, dipegangnya sebilah golok biasa dan bila ditanya oleh Jin tu, orang itu pun menjawab, ya itulah golok kepunyaannya. Jin itu pun menyerahkan balik golok tersebut kepada sipengail itu.

Bila dia balik kerumah.. dia pun bercerita le ke bininya peristiwa yang dialaminya itu. Bini nye pun marah le ke dia, 'ngape tak di-ambik je golok emas tu. Udah le hidup susah,, kalu dapat golok emas.. kan ke boleh jadi kaya..,' rungut binanya. Orang tu pun menasihat bininya supaya sabar dan kena jujor. Bini dia tak puah hati lalu pergi le dia ke lubok Mat Anjing dan terus terojon kedalam lubok untuk mencari golok emas. Bila bininya tak balik balik.. orang tu pun pergi le kelubok tersebut untuk mencari bininya. Dia pun seru le Jin penunggu lubok Mat Anjing itu.. untuk tolong mencari bininya. Tiba tiba ayor bedero dan Jin itu tiba tiba muncul menjulang Rozita Che Wan dan menanya orang itu, 'ini ke bini mika ? Maka terus je dijawab dek orang itu, 'YA YA..'

2 peng-Komengs:

Post a Comment