Welcome To My Gratitude!!

Kuala Kangsar Royal Town

...Kuala Kangsar juga pernah mengalami beberapa banjir besar yg berlaku sekitar tahun 50-60 an. Airnya sangatlah dalam sehingga hampir menelenggami menara jam yg terletak di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar...

Majlis Kenduri Tahlil

...dah abis baca doa, apa lagi .. melantak la puas2.. ngah ngah ngah!!..

Bad White Monkey

....hah! ini buah yg berjaya tadi dijatuhkah.. ada kesan gegetan ouh! dipercayai perbuatan monyet putih berkaki 3 tersebut..

Qubbat As Sakhrah

A journey to Holy Land, Baitul Maqdis or Jerusalem, Palestine.. -fahmishah

Friday, November 11, 2011

Raya Korban dan Rendang Arnab

salam! lamanye tak menulis ye, usang sangat da blog nih.. hehe.. ada ke org baca entah x.. hahah... ermm.. raya korban tahun ni biasa2 je, xda apa yg best s
angat... cumanya terasa hati ni lebih senang melihat atok yang dah semakin
pulih dan bersemangat, dah boleh bangun jalan sendiri... tak spt ma
sa raya haritu, terpaksa di angkat.. alhamdulillah lah ye :)


Raya korban tahun ni tak pegi mana, just menziarah rumah sau
dara mara sahaja.. by the way, tahun ni, seperti biasa, makcik aku masak rendang daging arnab lg.... fuh, kalo nak makan, xleh nk kesian2, xelok, benda makanan... huhu, so, kalao n
ak rasa, hati kene keras, hahaha.... alah, makan je la, da

ging arnab tu mcm rasa daging ayam je, cuma rasa manis2 skit..

sedap... serius.. hehe..

and of course, my Mimi and PakTam yg di bela oleh makcik aku tu ra
sanya dah jd korban, xtau la betul ke x.. haha.. aku makan je.. :P

ada skit gamba nk kongsi :)

gamba anak2 buah dengan rendang arnab! slurpppp...








TEKA2 MANA SATU DAGING ARNAB??
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.JAWAPANNYA

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.

.



SODAPPPPPP!!! :p



Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri 2011

Salam lebaran buat semua pembaca The Gratitude (itu pun kalo ada la yg membaca :p). Dah lama tak menulis ni rasa malas yang teramat yang sangat, tapi tak apa lah, hari baik bulan baik ni, kuatkan tangan menulis la jugak. Aidilfitri tahun ni special skit buat chor. Rasanya pertama kali dalam hidup chor 24/7 dengan atok dirumah, tok yang nmpaknya semakin uzur dimamah. Dalam IC dia tertulis lahir pada tahun 1935, tapi usia sebenar dia (kalau xsilap, seperti yang diberitahu oleh dia sendiri) 86 tahun .Walau mcm tu pun, ingatan dia masih kuat, tak nyanyuk langsung. Cuma kadang-kadang perangai mcm budak-budak lah, perlukan perhatian, nakkan kawan bersembang, tak boleh la tinggal seorang diri atas katil tu kalau dia jaga. Tak apa lah, chor memang suka sembang dengan atok perihal masa dia muda-muda dulu. He can actually state the moment he preferred together with the year. I quoted some of them myself. Memang seronok, kadang-kadang ada cerita lucu diceritakan. Tapi kebanyakan yang diceritakan tu banyak yang berunsurkan nasihat, untuk keturunan dia jugak.

Hari raya pertama, pagi tu tok nampak tak berapa sihat. Keluarga saudara mara ramai yang datang, kebanyakannya hadir serentak, terutama yang dari keluarga ayah. Pagi tu, ayah yang mandikan atok, bersihkan najis, kemaskan katil atok, chor pun bantu sama siapkan baju raya atok. Nampak berlinang air mata atok, melihatkan anak dan cucu dia berkorban sebegitu buat dia. Tak pernah chor lihat atok selemah tu. Dari chor kecik lagi, atok memang sentiasa kelihatan sihat, tak perlukan bantuan sesiapa pun kalau nak buat apa-apa. Tambah-tambah bila nak petik buah koko kegemaran dia, selamatkan dari dimakan binatang lain, memang dia kuat. Sejak awal ramadhan yang lepas, kesihatan dia susut teruk. Dalam adik beradik ayah, ayah yang ambil tanggungjawab menjaga atok. Tak boleh dah nak mengharapkan opah, dia pun bukannya ada kudrat sangat. Bangga aku jadi anak ayah, tak merungut sedikit pun perihal menjaga atok. Cuma ayah harapkan adik beradik dia yang lain, ambil giliran menjaga. Sekarang tengah cuti, tak lah banyak masalah nak meguruskan atok, kalau kedai dah bukak nanti, takkan dari pagi sampai ke petang tak ada org yang nak temankan atok? Ayah dah keluarkan duit, bina bilik dengan tandas untuk atok di kedai, jadi bila kedai sedang beroperasi, ayah harap adik beradik lain ambil giliran menjaga, rasanya tak jadi masalah. 

Raya kedua ni, tok nampak dah sihat sikit, chor pun jadi senang hati. teringin nak keluar beraya, tapi tak ada kawan pulak, jadinya duduk di rumah je lah. Masih ada lagi saudara mara yang datang beraya, sekaligus menziarah atok. Hari ni tok nampak lebih ceria, dapat dia lepas hajat nak beraya rumah isteri dia di Tanah Depan. Secara umumnya, chor gembira hari ni, syukur alhamdulillah. Tapi tok masih susah nak jalan, nak kemana-mana perlu diangkat. Sekarang chor masih di kampung, masih boleh membantu apa yang chor mampu buat atok, sedikit sebanyak menggembirakan atok. To make he feel lively. Tapi minggu depan chor dah nak balik KL, rasanya macam tak nak pulang ke KL lg, harap dalam lebih masa dengan atok. Takut-takut ini perjumpaan yang terakhir. Chor berdoa sangat-sangat moga Allah permudahkan atas segala yang berlaku kelak. 

chor mintak maaf sangat-sangat kalau entry kali ni agak panjang, entah kenapa malam ni rasa nak kongsi lebih dengan siapa-siapa yang ada baca blog chor yang tak seberapa ni. Di lebaran ni, chor nak ambil kesempatan memohon kemaafan kalau ada salah dan silap chor selama menulis di sini.

Jumpa lagi lain kali kalau ada jari chor nak menulis OK. Ayat pun da berterabur, chor nak chow dulu. 
Assalamualaikum :)


Wednesday, July 13, 2011

Returning

Salam,
haa, lama btol xupdate blog ye, memang malas btol aku ni.. haha, ok then, skang bukan masa nak settle down, pejam celik pejam celik dah masok semester 4 da aku ni, sem ni memang banyak sungguh la kerja yang nak kena settle kan, ada 2 projek laman web, 1 sistem yg perlu dibangunkan, 1 lagi mobile application. haih.. dah la sem ni ada final exam, memang kalo ikutkan hati rasa nak lari je balik kampung.. Tapi bila pikir2 balik, nak balik kampung, memang kena teruk la dgn parent aku yg dok keje tungkus lumus kat kampung tu sbb nak sara aku yang kat KL ni.. Jadi kesimpulannya, aku kena la berusaha lebih skit, tamatkan term ni tanpa gagal.. huh, penat membebel, nak kongsi satu video ni, especially kepada penggemar2 makhluk Allah yg cute and cuddly ni.. Medal Of Honor Cat :) cute sangat.. hahah..enjoy :3