Dulu, masa kecik2... bila time ramadhan je kat kampung memang happening... waktu malam, nak kuar main nyorok2 dlam utan blakang umah pon xde masalah.. main sergah2.. xde sapa nak marah.. pegi solat terawikh kat surau paling pelusuk dalam kampung. Konon nak adventure.. naik basikal ngan kawan2.. lumba2.. dalam gelap malam.. memang seronok.. xde apa yg nak ditakutkan.. bwk basikal laju2.. kalo naik moto ngan ayah pun, suh bwk laju2..pandang langit.. dingin malam memang mengashikkan.. selalu, boleh terserampak ngan brader2 indon yg berjalan kaki dengan torchlight di tangan.. berjalan lenggang menuju ke surau sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa untuk dihantar pulang keindon semula beberapa bulan kemudian.. di surau kampung yg tampak sangat usang, bleh nmpak pakcik2 melepak kat luar sambil isap rokok daun sementara menunggu waktu Isyak masuk.. ada la pisang barang sebiji dua yang tinggal.. tak ramai yg nak penuhi surau lama.. ada la dalam 2-3 saf saja... bahagian perempuan ada la dalam 1 saf.. semua org nak penuhkan masjid2 besar ber air-cond.. sampai keluar masjid ...
tak mengapalah.. mungkin surau ni jauh dri rumah dorang.. mana yg dekat je la yg dapat dtg..
sejadah dibentang.. bersambung-sambung.. agak panjang..
"meow...~" :3
eh, ada kucing.. ooo.. ni memang kucing surau ni...
"syuhh.. syuhh.. jangan kaco org nak solat.."
kucing pun berlalu ketepi.. comel, sapa la yg kasi dia makan.. nmpak sihat..
Bilal membaca Iqamah.. dah nak mula.. imam ambil tempat.. nampak muda.. merdu suara dia.. jarang dapat dgr bacaan mcm ni.. mcm biasa.. berlapan rakaat, bertiga witr.. dalam jam 1030 baru tamat.. masing2 bersalaman sambil berselawat..
surau tampak usang.. kebanyakan yg hadir adalah warga berumur.. mana anak muda kampung? ah, kepekan.. jalan2 ngan kawan2..
"xpe.. muda lagi.. dah tua baru la beramal lebih.." katanya..
surau tampak usang.. kelihatan sayu.. xpe.. masih ada sampai akhir ramadhan.. esok bleh datang lagi.. bru la happening..
"tapi.."
skang aku kat KL.. entah surau tu masih digunakan atau tidak.. masih ada ke kucing tu tinggal kat surau tu?
"tapi.."
kalo dah habis ramadhan nnti.. ade ke org nak dtg solat kat situ?
minta maaf
10 months ago
2 peng-Komengs:
begitulah nasib surau2 zmn kini. bukan semua, tapi kebanyakannya mcm tu lah. dan... kebanjiran anak muda di surau skrg, di tmpt saya, alhamdulillah cukup mmberangsangkan. 55% pengimarah surau tempat sy adalah anak muda.
ouh.. alhamdulillah la. di surau di tempat saya menyewa sekarang, dah makin ramai anak muda yg datang berbanding tahun lepas.. pihak pengurusan surau pun dah menambah lebih byk aktivti utk yg hadir... tapi lebih rasa rindu nak sahur dan berbuka di kampung dgn ahli keluarga :)
Post a Comment